Sunday, 4 August 2013

Att Seeker

"Nasha Talia Ibrahim!" Langkahnya terhenti dan kaku. Dia sedar namanya disebut namun dia memilih untuk terus membatu.

"Hoi Nata De Coco! Kau ingat kau cantik?" Diam lagi. Dia ingin mengorak langkah beredar dari situ. Dia malas melayan drama murahan yang selalu diada-adakan untuk dirinya.

"Eh perempuan ni! Aku panggil dia buat bodoh je. Siap kau nanti!" Dia beredar dari situ. Entah berapa pantas hayunan langkahnya, dia tak pasti. Namun cukup untuk dia akui ianya terlalu pantas.

Itulah rutin Natalie setiap hari. Sejak dibangku sekolah lagi dia sering dibuli, diejek. Entah mengapa ke mana saja dia pergi pasti ada yang tidak menggemarinya. Tidak disukai, dipulaukan, itu semua perkara biasa yang dia lalui. 


Att Seeker

"Kau ingat kau tu lawa?"
"Berjala hulu-hilir dengan perut memboyot tu?"
"Zheepp!" Tali pinggang selebar dua inci itu di tarik dari tempat asalnya, mengiat tubuh kecil itu.

"Jangan abang, jangan."
"Saya tak buat apa-apa abang, saya jual kuih sampai hujung kampung je abang"
"Jangan, bang.." rayu wanita itu.

Tapi lelaki itu tidak peduli, bidasan demi bidasan dikenakan pada wanita itu. Pada akhirnya, darah yang entah datang dari mana mengalir laju melencunkan lantai. Wanita itu meraung, merayu. Lelaki itu kaget, menghempas pintu dan tidak kelihatan lagi di mana-mana.

"Ibu, ibu sabar ye ibu"
"Ibu sabar kejap ye ibu"
"Naz cari orang kampung suruh tolong ibu"
"Tolong! Tolong! Tolong!"

Malam itu juga, Naufal yatim piatu. Sejak dari itu, dia mula hilang kasih sayang, hilang satu-satunya tempat mengadu. Malam itu juga dia berazam : dia benci akan lelaki. Dia benci.