Sunday, 31 March 2013

Hampas

Pintu dibuka lantas badannya dihempaskan ke atas katil. Dia menangis. Menangis semahu-mahunya. Kalaulah air mata itu magika tentu dialah ahli magisnya. Bahunya terhenjut-henjut bagai tiada henti ditemani malam yang kian sepi.

Dia ingin tidur, mengharapkan semuanya mimpi pada hari esok. Dia ingin tidur, tapi matanya tak mengantuk. Dia cuba mengawal diri, kembali ke realiti. Nafasnya diatur perlahan-lahan.

'Kau mesti kuat! Kau mesti kuat! Sia-sia aja semua ini kalau kau berputus asa sekarang. Jangan lemah, jangan kalah. Belum, masih belum lagi. Perjalanan masih jauh' Hatinya bermonolog sendiri. Dia penat.

Pintu bilik Lina dikuak, masuk seseorang lalu mendekatinya.

"Dahlah tu Lina, tak guna kau menangis sebab lelaki tak berguna macam tu."

Lina memandang temannya itu dengan pandangan yang kosong. Dia semakin menyepi.

"Kau tu lawa Lina, kau jeling ke sekali, 10 yang kejar, dahlah tu. Esok kita keluar aku belanja kau tengok wayang ok?"

Sepi. Semakin sepi.
"Ingat aku tak tahu, birthday kau nak dekat kan? Kita buat early birthday celebration nak?"
"Jomlah, jomlah Lina"

"Hmmm.."

"Okay, comel betul up-coming birthday girl ni! Dah senyum!"
"Aku chow dulu, esok aku text okay?"

Wednesday, 27 March 2013

Hampas

Lima tahun sebelum itu..

"Eeei, kau busuk! Anak orang miskin, dahlah mak dia jual kuih tepi jalan je. Choi!"
"Eh jom blah! jangan dekat dengan dia, banyak virus!"

...

Babi! Kau ingat kau kaya kau ada apa saja? Tengoklah, akan aku buktikan. Miskin tak semestinya miskin selamanya. Dan miskin tak semestinya tak berjaya. Kau tunggu jelah!

...

Kenangan lima tahun dulu menggamit ingatan Lina. Sudah lama 'slide show' lama itu diletakkan jauh-jauh, dalam-dalam ke dalam awan ingatannya. Tak ingin lagi dia ingat kenangan di bangku sekolahnya yang penuh dengan awan kelabu itu. Dan sebab itu juga dia bangkit, berusaha untuk keluar dari kelompok kemiskinan yang membelenggu diri dan keluarganya sejak sekian lama.

Tuesday, 26 March 2013

Hampas


"Ehem! Lina..?!"
"Eh Encik Razi.."
"You free tak sekarang, I nak jumpa you kejap?"
" Pukul 215 nanti I pergi sana boleh?"

...

"I dah suggest kan you untuk jadi representative FSSK untuk program kemasyarakatan."
"Really? Kat mana? Bila?"
"Australia" Riak muka gembira bertukar
"Tapi you pergi dengan a senior. Nanti I give his contact to you."
"Okay, but I kena buat apa kat sana?"
"You are going to investigate how people there live and you'll be helping Allan untuk program environment"
"Okay, bila tu?"
"Next two weeks. Is your passport ready?"

Monday, 25 March 2013

Hampas

EPILOG

... Aku juga ingin bahagia ..

"Eh, kau tulis apa tu? Meh sini aku tengok?"
"Eh mana ada apa-apa.. Panjangnya kau punya.."
"Hehe.."

Kringgggg!

Dan loceng itu membawa Lina ke muka realiti. Maka tamatlah pembelajarannya pada hari itu. Sejurus itu, dia mengemas beg dan bergerak ke kolej.

....

"Hai Lina!"
"Eh Yaya? Hai! Nak pegi kelas ke?"
"A'ah,"
"Okay, jumpa lagi nanti", melambai tangan.

"Yaya, itu Lina budak media tu kan?"
"A'ah, kenapa Man? Lain macam je kau ni?"
"Takde apa lah aku saja je,"
"Kau jangan macam-macam. Ingat kau tu aku tak tahu macam mana ke? Kalau si Lina tu kau nak usha, kau lupakan jelah"
"Kenapa?"
"Adalah, bye!" berlalu pergi.

....

"Nanti kalau ada apa-apa Lina update kat Sue jelah eh?"
"Lina..?"