Saturday 13 April 2013

Hampas

"Hello?"
"Hai, Lina ada?"
"Ya, ini Lina bercakap. Siapa ni?"
"Assalamualaikum, Lina. Fakhri ni. You sihat?"

Fakhri. Nama ringkas bersuku kata dua itu membuatnya tergamam. Lantas fikirannya kembali ke masa itu.

Fakhri. Nama itu pernah menjadi igauannya dulu. Siang malan, setiap saat, nama itu yang menjadi sebutan, bertakhta di hatinya sejak sekian lama.

Namun, akibat satu insiden yang berlaku, dia pergi, dia lari, dia elakkan diri. Peristiwa itu, peristiwa yang dia simpan kejap dalam ingatannya. Dia tak mahu mengenang kembali peristiwa itu.

"Lina. Oh Lina. LINA!", dia tersedar dari lamunannya.
"Fakhri, hai", tuturnya biasa.

"You ada apa call I ni? You sihat?"
"I sihat je. You apa cerita? I dengar macam-macam pasal you. Dah hot kan sekarang, terus lupa kat I kan? Haha", Lina diam. Hatinya bermonolog sendiri.

'Haih, nak apa pulak jantan ni? Tiba-tiba je. Ni mesti nak test market lah ni'
'Siap kau!'

"Hot celah mana entah. I okay, macam biasa lah. Tak macam you, dah jadi usahawan internet berjaya. Mesti.." Dia tersentak, tak mahu menyambung.

"Mesti apa? Rezeki Tuhan yang bagi, I bersyukur dengan apa yang ada jelah, hehe" Tut tut. Ada nombor yang tidak asing lagi baginya menelefon.

'Ramai pulak nak call waktu macam ni? Ah baik aku angkat dari cakap dengan Fakhri tu!'

"Fakhri, sorry tau, I tengah busy sekarang. Nanti call balik eh"
"Lina, wait. Lina.." Tap! Panggilan diputuskan.

"Hello. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam"

Wednesday 10 April 2013

Hampas

Deritanya mendiamkan diri. Deritanya hanya melihat dan tak mampu meluahkan. Dia sakit, dia lemah, dia tak mampu berbuat apa-apa tapi yang paling penting sekali, DIA PENAT.

Dia penat untuk menangis, dia penat untuk berdiam diri, dia penat untuk berdiam diri. Tambahan lagi, dia penat untuk menjadi penukul yang hanya mengikut apa kata pahat. Dia penat untuk tunduk diam membisu apabila orang berkata-kata. Dia penat menjadi baik tapi tidaklah sampai di tahap mahu melunaskan dendam kesumatnya. 

Dia mahu menjadi orang lain. Yang gembira, yang ceria. Yang bebas berkata, yang bebas bersuara, yang bebas berbuat apa saja, tanpa pedulikan apa orang kata. DIA MAHU BEBAS.

Dia tak mahu mendengar kata, dia tak mahu diberi telunjuk yang perlu diikut, dia tak mahu dikawal, dipegang. Dia ingin bebas dalam cengkaman dirinya sendiri. 

Lina mahu meluahkan semua isi hatinya. Tapi pada siapa? Pada yang sudi mendengar? Heh buat apa kalau yang sudi mendengar itu sudi juga memakan dirinya kembali di kemudian hari. Meluahkan dilaman sosial? Ah, silap besar. Tak pasal dirinya dianggap sial. 

Lina terkedu. Dia mahu bertenang. Dia sedar, dia silap. Dia silap dalam mengemudikan isi hatinya. Orang kata ikut rasa binasa, ikut hati mati. Ya, itulah dia kini. Dia menemui jalan mati pada permasalahannya kini. Tersangkut sehingga mati. 

Kalaulah dia tidak begitu berani dahulu. Kalaulah dia dengar apa kata kecilnya mahukan. Kalaulah perkataan itu tidak terpacul dari mulutnya. Kalaulah dia jujur dengan hatinya sendiri. Kalaulah perasaan mahu mencuba itu dia mampu lenyapkan dalam sanubarinya. Lina bungkam.

Lina penat, lantas terdiam.


Monday 8 April 2013

Hampas


Bunyi angin menderu menaikkan lagi kesuraman pada malam yang tenang itu. Lina tidak bergerak. Matanya berair, wajahnya sembap.

Dia memandang atas, butiran bintang-bintang mencorakkan langit yang kelam itu. Dia memandang bawah, hiruk-pikuk bunyi-bunyi hon kereta yang bising seakan di blurr kan dari perhatiannya. Dia memandang hadapan, lampu-lampu neon yang berwarna-warni, cahaya-cahaya dari bangunan tinggi menambah seri pada malam itu.

Tapi semua itu tak mampu menenangkan hatinya yang rawan. Jiwanya kacau dengan apa yang baru dia dengar tadi. Dia ingin merenung awan. Kalau dulu, awan selalu menjadi penenang setianya. Hanya awan yang mampu buat dia tenang dan kembali tersenyum. Melihat saja awan yang putih, gebu, bergerak perlahan ke satu arah, membuat dia sangat tenang. Tiada  apa yang mampu membuatnya lebih tenang daripada saat itu.

Angin menderu agak kencang malam itu. Bagi seseorang kurus, kesejukkan malam itu boleh sampai ke tulang sumsum. Lina menggeletar. Dia melihat ke bawah lagi. Matanya dipejam.

'Kau dah nekad, Lina. Teruskan! Teruskan!'
'Eh jangan Lina, jangan terjun! Ingat mak ayah kau!'
'Jangan kau lengah lagi, hentikan semua ni'
'Lina, tak perlu buat semua ni, ada penyelesaian lebih baik daripada yang ni'

Dia buntu. Dia penat. Dia serik. Dia menyesal. Dia tak tahu. Dia keliru. Dia di persimpangan antara hidup dan mati. Dia di antara ya atau tidak. Dia berada di tingkat paling atas sekali menara yang tertinggi di bandar itu. Dia berada di hujung belebas menara itu. Dia tidak lagi gayat. Dan dia ingin terjun.

Nafasnya di tarik dalam-dalam. Menyedup seberapa banyak oksigen terakhir yang mampu disedutnya. Nafasnya diatur perlahan. Dadanya turun naik turun naik.

Hampas


"Hei pompuan! Kau dah guna aku, kikis duit aku, jadikan aku alat.."
"Sekarang senang-senang je kau nak blah"
"Jangan haraplah! Hehheh"

"Hoi lepaslah! Sakit tahu tak?"
"Lepaslah.. tolong! tolong!"

"Heh jangan mimpilah ada orang nak tolong kau, kat sini ada aku dan kau je"
"Hmm kenyang aku malam ni"
"Lepas ini puas hati aku tengok hidup kau hancur! PUAS! HAHA"

"Kau jangan buat yang bukan-bukan, aku jerit kang"

"Jeritlah, jerit! Kalau kau jerit manja macam kau selalu buat pun boleh"
"Haha! Hmm Hmm"

....

"Hei kau buat apa tu ha?"

"Awak, awak tolong! Tolong!"

"Kau ni siapa? Kau jangan menyibuk boleh tak? Ni antara aku dengan dia"

Tuesday 2 April 2013

Hampas

"Awak nak apa untuk birthday awak? Teddy bear boleh?"
"Saya nak Lina"
"Mana ada teddy bear Lina, mahal tau nak buat. Saya bagi awak bukan yang teddy bear lah tapi Angry Bird punya boleh?"
"Saya nak awak, Lina. Boleh tak saya nak awak untuk birthday saya nanti?"

Kedua-dua mereka terdiam dan Lina terkedu.

.........

"Lina, you have promised. You promised to love me. And now, you are leaving me?!"
Lina diam dan menyambung, "I'm sorry, I'm breaking the promise that I've made to you. We are done here"

"Tapi Lina, you know how much I love you. You hurt me, again and all over again. But my heart still going on loving you"
"You break my heart but I still can love you with the broken pieces"
"You pun pernah cakap, you tak boleh hidup tanpa I. You kena I ada sentiasa"
"This is love, Lina. You love me and I love you too, full-hearted and unconditionally"
"Please, forget all these and we can go back to normal. You and me, no one's between us anymore"

........

Kusut. Fikirannya kusut. Kenapa boleh hadir rasa sayang pada keduanya pada masa yang sama?
Adakah salah masa atau salah dirinya?
Dia bukan kaki melayan, jauh sekali player.
Tapi dia hanya berkawan dan manusia yang selalu salah anggap.

Kusut. Dia tak berdaya nak meneruskan lagi. Rasa bersalah yang menebal dalam dirinya dibiarkan. Dia mahu terus berjalan. Kalau ada jodoh, adalah. Dia penat. Penat melayan perasaan. Penat berada disekeliling manusia yang berharap dan mengharap. Padahal dia tidak pernah memberi harapan.