Sunday 4 August 2013

Att Seeker

"Nasha Talia Ibrahim!" Langkahnya terhenti dan kaku. Dia sedar namanya disebut namun dia memilih untuk terus membatu.

"Hoi Nata De Coco! Kau ingat kau cantik?" Diam lagi. Dia ingin mengorak langkah beredar dari situ. Dia malas melayan drama murahan yang selalu diada-adakan untuk dirinya.

"Eh perempuan ni! Aku panggil dia buat bodoh je. Siap kau nanti!" Dia beredar dari situ. Entah berapa pantas hayunan langkahnya, dia tak pasti. Namun cukup untuk dia akui ianya terlalu pantas.

Itulah rutin Natalie setiap hari. Sejak dibangku sekolah lagi dia sering dibuli, diejek. Entah mengapa ke mana saja dia pergi pasti ada yang tidak menggemarinya. Tidak disukai, dipulaukan, itu semua perkara biasa yang dia lalui. 


Att Seeker

"Kau ingat kau tu lawa?"
"Berjala hulu-hilir dengan perut memboyot tu?"
"Zheepp!" Tali pinggang selebar dua inci itu di tarik dari tempat asalnya, mengiat tubuh kecil itu.

"Jangan abang, jangan."
"Saya tak buat apa-apa abang, saya jual kuih sampai hujung kampung je abang"
"Jangan, bang.." rayu wanita itu.

Tapi lelaki itu tidak peduli, bidasan demi bidasan dikenakan pada wanita itu. Pada akhirnya, darah yang entah datang dari mana mengalir laju melencunkan lantai. Wanita itu meraung, merayu. Lelaki itu kaget, menghempas pintu dan tidak kelihatan lagi di mana-mana.

"Ibu, ibu sabar ye ibu"
"Ibu sabar kejap ye ibu"
"Naz cari orang kampung suruh tolong ibu"
"Tolong! Tolong! Tolong!"

Malam itu juga, Naufal yatim piatu. Sejak dari itu, dia mula hilang kasih sayang, hilang satu-satunya tempat mengadu. Malam itu juga dia berazam : dia benci akan lelaki. Dia benci.

Wednesday 24 July 2013

Att Seeker

'They say you can be anything, I choose to be... PONDAN! hahaha'

Selesai menulis patah-patah perkataan tersebut pada 'wall' laman sosialnya, dia menekan butang biru. Lantas status terbarunya itu terpampang di skrin. Dia tersenyum puas, entah kenapa, dia saja yang tahu.

Tidak sampai dua minit pun ada 'notification' yang terbaru. 1794 baru saja 'like' pada statusnya itu. Tidak pasti sama ada bersetuju dengan sang penulis status ataupun hanya sekadar mengisi kebosanan tatkala 'online'

"Ah, tak kisah! Janji aku puas"
"Kau ada? Heh!"

Nelly berlari ke arah almarinya dan memilih pakaian untuk dikenakannya pada hari ini. Hmm, dia merentap kemeja berwarna hijau cair dan seluar 'slack' berwarna coklat tua.Usai menyarungkan kedua-dua itu, dia menyikat rambutnya serta memakai jam tangan Rolex buatan khas dari England itu sambil tersenyum. Walaupun jam tangan itu bukan lagi baru, Nelly menjaganya dengan baik. Kenangan yang dibawa bersama jam tangan itu bukan mudah untuk dilupakan. Kenangan waktu dahulu.

Jam tangan itu jugalah yang menyaksikan zaman kegemilangannya semasa muda. Waktu itu, dia lah raja. Saat jam tangan itu diambil dari bekasnya, Nelly berjanji pada ayahnya.

"Ayah, terima kasih untuk jam ini."
"Naz janji, Naz takkan kecewakan ayah. Naz akan buat ayah bangga dengan Naz", ayahnya pada waktu itu hanya mampu tersenyum dan mengusap kepalanya lembut.

Nelly merenung lama ke arah jam itu dengan satu persoalan yang dia tinggalkan tanpa jawapan.
"Ke mana agaknya hilang lelaki itu? Lelaki yang penuh dengan harapan dan semangat yang berkobar? Ke mana agaknya kegigihan itu tersadai?"
Dia terus diam.

'Briefcase' buatan kulit itu disauk dan Nelly menuju ke pintu. Dia masuk ke dalam kereta dan menuju ke destinasinya.

Monday 8 July 2013

Att Seeker

"Jadi ke nak tukar Jah? Dah ada duit ke?"
"Mestilah jadi uoll, penat I kumpul duit siang malam buat OT tak rehat tau!"
"Untunglah, kelas kau Jah"
"Uoll taknak buat jugak ke? Boleh kita melancong sama-sama nanti"
"Err, aku nak jugak. Tapi, err mana nak cari duit banyak tu?"
"Alah, senang je. Nanti I bagitahu uoll cara senang", dia mengenyitkan mata.

"Hi Datuk! Lama kita tak jumpa. Hmm makin segak sekarang. Dah lama you tak datang sini"
"Maklumlah sejak ada yang kedua ni lupa rumah lama. Best sangat ke yang baru tu?"

"Hahaha! Nelly, Nelly! You ni kan pandai je. I biasa je, tetap yang lama"
"Sekarang ni bisnes susah sikit, maklumlah polis dah pandai dah sekarang, dah tak makan taik dah sekarang!"

Ketawa mereka bersatu dalam kepekatan malam.

"Datuk, ni I kenalkan, April. Dia dah lama usha Datuk. Tapi tulah.. Datuk ni.."
"Hahaha! Hi April". Renungan tiga saat cukup untuk menggambarkan segala-galanya.

Malam itu, mereka kaya, mereka raya. Dan mereka juga merdeka. Merdeka kerana bebas mencapai apa yang mereka mahu.

Di satu sudut yang lain, ada dua lelaki bertubuh sasa berbadan boroi sedang melihat dua orang gadis itu menari dengan asyiknya. Satunya menari walaupun seakan tidak lagi bermaya untuk meneruskan sehingga ke penghabisan malam. Manakala yang satu lagi menari dengan penuh gaya menggoda. Sang arjuna di sisinya mengerti maksud di sebalik tarian yang mengasyikkan itu.

Malam semakin larut, namun muzik semakin rancak. Di balik-balik tiang di Kelab Peacock itu, ada pasangan yang sedang asyik bercumbuan, bermaduan asmara seperti malam itu tiada yang lain, malam itu milik mereka.

Att Seeker

"Yihh!! Perempuan ni! Tak sedar diri betul, dah lah buruk, ada hati nak carut aku?!"
"Kau blah sekarang perempuan, blah sekarang!"
"Hei pondan, kau tu melepet kat sini pun sebab ada Johan kat sini!"
"Kalau tak, dah lama kau mengemis kat lorong belakang tu!"

"Eii perempuan ni!" menghayun tangannya,

"Nelly! Apa ni? You ni kan! Tak malu ke customer tengok? Dengan orang baru pun you nak ambik port"
"Dah, pergi  buat kerja you!"

Nelly mendengus.

"Thanks Charlie! Kalau you takde tadi habis I kena balun dengan pondan tua tu!"
"Hmph, you pun sama je. Suka buat ribut Peacock, jagalah sikit nama baik I!"
"Alaaa darling, sorry eh? Jangan lah stress-stress lagi. Jom naik atas? I bagi you first class punya." Didie tersenyum lantas Charlie pun turut tersenyum.

Mereka berpegangan tangan sambil memanjat tangga bersama.

"Hei Charlie! Takde barang baru ke? Peacock hambar lah hari ni"
"Yeke boss? You punya pasal I kasi yang special punya" Didie melirik ke arah Datuk Anwar.
"Heh, I nak Natalie. Dia mana? I tak nampak pun dia malam ni?"

"Oh Natalie. Didie, you pergi panggil Natalie kat sana tu."

'Hisy, kenapa aku pulak yang kena?'