Sunday, 31 March 2013

Hampas

Pintu dibuka lantas badannya dihempaskan ke atas katil. Dia menangis. Menangis semahu-mahunya. Kalaulah air mata itu magika tentu dialah ahli magisnya. Bahunya terhenjut-henjut bagai tiada henti ditemani malam yang kian sepi.

Dia ingin tidur, mengharapkan semuanya mimpi pada hari esok. Dia ingin tidur, tapi matanya tak mengantuk. Dia cuba mengawal diri, kembali ke realiti. Nafasnya diatur perlahan-lahan.

'Kau mesti kuat! Kau mesti kuat! Sia-sia aja semua ini kalau kau berputus asa sekarang. Jangan lemah, jangan kalah. Belum, masih belum lagi. Perjalanan masih jauh' Hatinya bermonolog sendiri. Dia penat.

Pintu bilik Lina dikuak, masuk seseorang lalu mendekatinya.

"Dahlah tu Lina, tak guna kau menangis sebab lelaki tak berguna macam tu."

Lina memandang temannya itu dengan pandangan yang kosong. Dia semakin menyepi.

"Kau tu lawa Lina, kau jeling ke sekali, 10 yang kejar, dahlah tu. Esok kita keluar aku belanja kau tengok wayang ok?"

Sepi. Semakin sepi.
"Ingat aku tak tahu, birthday kau nak dekat kan? Kita buat early birthday celebration nak?"
"Jomlah, jomlah Lina"

"Hmmm.."

"Okay, comel betul up-coming birthday girl ni! Dah senyum!"
"Aku chow dulu, esok aku text okay?"

No comments: