Monday 8 July 2013

Att Seeker

"Jadi ke nak tukar Jah? Dah ada duit ke?"
"Mestilah jadi uoll, penat I kumpul duit siang malam buat OT tak rehat tau!"
"Untunglah, kelas kau Jah"
"Uoll taknak buat jugak ke? Boleh kita melancong sama-sama nanti"
"Err, aku nak jugak. Tapi, err mana nak cari duit banyak tu?"
"Alah, senang je. Nanti I bagitahu uoll cara senang", dia mengenyitkan mata.

"Hi Datuk! Lama kita tak jumpa. Hmm makin segak sekarang. Dah lama you tak datang sini"
"Maklumlah sejak ada yang kedua ni lupa rumah lama. Best sangat ke yang baru tu?"

"Hahaha! Nelly, Nelly! You ni kan pandai je. I biasa je, tetap yang lama"
"Sekarang ni bisnes susah sikit, maklumlah polis dah pandai dah sekarang, dah tak makan taik dah sekarang!"

Ketawa mereka bersatu dalam kepekatan malam.

"Datuk, ni I kenalkan, April. Dia dah lama usha Datuk. Tapi tulah.. Datuk ni.."
"Hahaha! Hi April". Renungan tiga saat cukup untuk menggambarkan segala-galanya.

Malam itu, mereka kaya, mereka raya. Dan mereka juga merdeka. Merdeka kerana bebas mencapai apa yang mereka mahu.

Di satu sudut yang lain, ada dua lelaki bertubuh sasa berbadan boroi sedang melihat dua orang gadis itu menari dengan asyiknya. Satunya menari walaupun seakan tidak lagi bermaya untuk meneruskan sehingga ke penghabisan malam. Manakala yang satu lagi menari dengan penuh gaya menggoda. Sang arjuna di sisinya mengerti maksud di sebalik tarian yang mengasyikkan itu.

Malam semakin larut, namun muzik semakin rancak. Di balik-balik tiang di Kelab Peacock itu, ada pasangan yang sedang asyik bercumbuan, bermaduan asmara seperti malam itu tiada yang lain, malam itu milik mereka.

No comments: