Sunday, 23 June 2013

Hampas

"Awak, saya ada sesuatu untuk awak. Saya harap awak sudi terima"
"Nah"
"Terima kasih"

Jambangan bunga ros enam kuntum berwarna merah dan merah jambu itu diciumnya. Wangi. Istimewa, seistimewa pemberian dari yang teristimewa juga.

Fikiran Lina di bawa kembali pada peristiwa 3 tahun yang lepas

"Tok Tok Assalamualaikum, Lina, ooh Lina?"
"Waalaikumussalam. Eh Azrul"
"Lina ni untuk awak"
Bunga ros enam kuntum itu disambut, "Eh ramainya orang, apa ni Azrul?"
"Maafkan saya Lina, saya datang nak meminang awak.."
"Ibu, ibu.."

Sekali lafaz saja, Lina sah milik Azrul. Lina menangis dalam persalinan putih di pelamin seusai doa diaminkan. Hati Lina bergetar, fikirannya terawang. Dia tidak pasti, gembirakah dia? Kecewa kah dia? Dia diam sambil merenung pada deretan hantaran yang tersusun dihadapannya. 11 hantaran buat pihak lelaki dibalas 9 hantaran dari pihak perempuan.

Dia terpaku seketika bagaikan tidak percaya. Sehinggalah Azrul betul-betul berada di hadapannya.

"Awak, saya milik awak sekarang. Saya sayang awak" ucap Azrul sambil menyarungkan cincin dijari manis Lina.

Lina malu bertentangan mata dengan Azrul. dia hanya tunduk. Tanpa disedari, air matanya berlinangan. Azrul pantas menyapu air mata di tubir matanya.

"Awak, jangan nangis lagi, insyaAllah saya akan jaga awak sebaiknya"

No comments: