Sunday, 23 June 2013

Hampas

Malam dinihari, sepatutnya dia gembira. Tapi hatinya masih buntu dan keliru. Fikirannya terawang pada sesuatu yang dia tidak pasti, badannya dibebani.

Pintu terkuak, masuk Azrul berbaju melayu putih. Walaupun kulitnya hitam manis, dia masih lagi tampak segak. Dia tersenyum manis, menampakkan giginya yang putih. Lina membalas senyuman itu.

"Sayang.. Kenapa ni? Okay tak?"
"Hmm saya okay je awak.."
"Hei senyumlah sikit. Pengantin baru kena senyum tau. Kalau tak nanti jadi pengantin masam"

Kedua-dua mereka tergelak. Suasana tiba-tiba menjadi sepi apabila Azrul menggenggam tangan Lina.

"Lina, awak tahu tak bila first time saya jatuh hati kat awak?"
"Tak, bila tu?"
"Time tu awak tengah turun tangga, lepas tu ada orang tolak awak, lepas tu awak jatuh. Time tu awak comot sangat, time tu lah"
"Haa? time saya tengah comot awak fall in love dengan saya. Awak ni pelik-pelik lah"
"Awak je yang tak kenal saya. I've known you since forever. Ingat tak kejadian kat tempat gelap tu? Awak panggil saya?"
"Taknak ingatlah yang tu. Eh kejap, awaklah yang tolong saya. Awak yang bawak saya pegi balai polis kan? Yes, it's you. How come I don't remember you eh?"

"Jadi awak memang dah kenal saya lah kan before that? Kenapa awak tak pernah introduce diri awak?"
"Awak, saya kenal awak dari kolej lagi. Setiap petang saya tunggu ke awak lalu kat depan library. Saya malu nak tegur awak sebab setiap kali awak lalu mesti ada lelaki kejar awak. Maklumlah awak kat hot dulu."
"Ya Allah, yeke? Saya taktahu pun. Tapi awak mesti senior kan? Sbb saya tak pernah nampak awak kat fac."
"Yela, saya ni tua dengan awak dua tahun. Time awak sem 2, saya dah LI, mana sempat nak jumpa-jumpa" balas Azrul sambil mencuit pipi Lina.

No comments: