Saturday 22 June 2013

Att Seeker - Prologue

Dia yang bernama.., Ah! Dia punya pelbagai nama. Namun nama-nama itu diberi oleh kaum dan manusia di sekelilingnya. Dia tidak kisah malah dia gembira dengan self-prophecy yang diterima. Namun jauh disudut hatinya dia tahu, dia bukan yang itu. Dia ada dirinya yang satu. Dia yakin, dia percaya, segalanya sementara. Objektif, matlamat, hadapnya waktu sekarang hanya sementara. Dia yakin pada impiannya di masa hadapan yang lebih tinggi, lebih besar, lebih perdana. Tapi semua itu hanya ditinggal di lubuk hatinya, dasar yang paling jauh yang dia sendiri pun tidak ingin sentuh, apatah lagi membuatkannya menonjol. Nantilah! Nanti! Mungkin nanti, mungkin belum lagi, dia yakin dan pasti tentang itu.

"Weh! kau mengelamun apa tu Jah? Dah sampai ke bulan ke?"
"Eh opocot mak kau! Kau ni kan bagi salam tak boleh ke? Eh bagi salam pulak eh.."
"Apanya nak bagi salam kat club ni haaa"
"Eh bagi salam eh kat club eh eh"
"Bulan mana kau jejak Jah? Ke dah sampai sarang burung Hazami? Eh!"
"Eh bulan, eh sarang burung, eh burung Hazami besar kau nak tahu! Eh! Eh dah lah tu penat aku!"
"Yela-yela, jom lah menari Jah, ramai Cek Jan kat sana tu usha kau. Jomlah-jomlah"
"La yeke? Padanlah aku stim sangat malam ni. Yang pakai baju pelangi belang-belang tu eh? Aww taste aku lah! Jom jom!"

Dan malam itu terus bergemerlapan, bukan kerana sinar neon di tetapi dek kerana sinar berpinar dari bumi bulat di waktu malam. Malam itu, malam yang rancak. Dan malam itu juga, mereka sudah kenal, mereka sudah tahu, mereka mungkin lebih arif, akan hati sanubari, akan naluri, malah akan siapa mereka yang sebenarnya. Mungkin mereka perlu membuatkan yang lain tahu, atau mereka hanya perlu memahami sahaja apa yang berlaku antara mereka.

No comments: