Monday, 8 April 2013

Hampas


Bunyi angin menderu menaikkan lagi kesuraman pada malam yang tenang itu. Lina tidak bergerak. Matanya berair, wajahnya sembap.

Dia memandang atas, butiran bintang-bintang mencorakkan langit yang kelam itu. Dia memandang bawah, hiruk-pikuk bunyi-bunyi hon kereta yang bising seakan di blurr kan dari perhatiannya. Dia memandang hadapan, lampu-lampu neon yang berwarna-warni, cahaya-cahaya dari bangunan tinggi menambah seri pada malam itu.

Tapi semua itu tak mampu menenangkan hatinya yang rawan. Jiwanya kacau dengan apa yang baru dia dengar tadi. Dia ingin merenung awan. Kalau dulu, awan selalu menjadi penenang setianya. Hanya awan yang mampu buat dia tenang dan kembali tersenyum. Melihat saja awan yang putih, gebu, bergerak perlahan ke satu arah, membuat dia sangat tenang. Tiada  apa yang mampu membuatnya lebih tenang daripada saat itu.

Angin menderu agak kencang malam itu. Bagi seseorang kurus, kesejukkan malam itu boleh sampai ke tulang sumsum. Lina menggeletar. Dia melihat ke bawah lagi. Matanya dipejam.

'Kau dah nekad, Lina. Teruskan! Teruskan!'
'Eh jangan Lina, jangan terjun! Ingat mak ayah kau!'
'Jangan kau lengah lagi, hentikan semua ni'
'Lina, tak perlu buat semua ni, ada penyelesaian lebih baik daripada yang ni'

Dia buntu. Dia penat. Dia serik. Dia menyesal. Dia tak tahu. Dia keliru. Dia di persimpangan antara hidup dan mati. Dia di antara ya atau tidak. Dia berada di tingkat paling atas sekali menara yang tertinggi di bandar itu. Dia berada di hujung belebas menara itu. Dia tidak lagi gayat. Dan dia ingin terjun.

Nafasnya di tarik dalam-dalam. Menyedup seberapa banyak oksigen terakhir yang mampu disedutnya. Nafasnya diatur perlahan. Dadanya turun naik turun naik.

No comments: