Wednesday 10 April 2013

Hampas

Deritanya mendiamkan diri. Deritanya hanya melihat dan tak mampu meluahkan. Dia sakit, dia lemah, dia tak mampu berbuat apa-apa tapi yang paling penting sekali, DIA PENAT.

Dia penat untuk menangis, dia penat untuk berdiam diri, dia penat untuk berdiam diri. Tambahan lagi, dia penat untuk menjadi penukul yang hanya mengikut apa kata pahat. Dia penat untuk tunduk diam membisu apabila orang berkata-kata. Dia penat menjadi baik tapi tidaklah sampai di tahap mahu melunaskan dendam kesumatnya. 

Dia mahu menjadi orang lain. Yang gembira, yang ceria. Yang bebas berkata, yang bebas bersuara, yang bebas berbuat apa saja, tanpa pedulikan apa orang kata. DIA MAHU BEBAS.

Dia tak mahu mendengar kata, dia tak mahu diberi telunjuk yang perlu diikut, dia tak mahu dikawal, dipegang. Dia ingin bebas dalam cengkaman dirinya sendiri. 

Lina mahu meluahkan semua isi hatinya. Tapi pada siapa? Pada yang sudi mendengar? Heh buat apa kalau yang sudi mendengar itu sudi juga memakan dirinya kembali di kemudian hari. Meluahkan dilaman sosial? Ah, silap besar. Tak pasal dirinya dianggap sial. 

Lina terkedu. Dia mahu bertenang. Dia sedar, dia silap. Dia silap dalam mengemudikan isi hatinya. Orang kata ikut rasa binasa, ikut hati mati. Ya, itulah dia kini. Dia menemui jalan mati pada permasalahannya kini. Tersangkut sehingga mati. 

Kalaulah dia tidak begitu berani dahulu. Kalaulah dia dengar apa kata kecilnya mahukan. Kalaulah perkataan itu tidak terpacul dari mulutnya. Kalaulah dia jujur dengan hatinya sendiri. Kalaulah perasaan mahu mencuba itu dia mampu lenyapkan dalam sanubarinya. Lina bungkam.

Lina penat, lantas terdiam.


No comments: